Sejumlah 6 ribu petugas dari pelbagai agensi digerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk menangani situasi banjir di negeri itu yang bermula sejak awal Jumaat.<br /><br />Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia meliputi kerja-kerja menyelamat mangsa banjir selain memberi bantuan di pusat pemindahan sementara (PPS).
